Tips Menjadi Wanita Cantik

Tips Menjadi Wanita Cantik

Tips Menjadi Wanita Cantik

Tips Menjadi Wanita Cantik
Tips Menjadi Wanita Cantik

Tips Menjadi Wanita Cantik

1) Tundukkan pandangan sebagai celak bagi kedua belah alis mata anda. InsyaALLAH, pandangan visual anda akan menjadi semakin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran pada dua ulas bibir delima anda. InsyaALLAH, ukiran senyuman anda akan bertambah manis dan dihargai semua yang memandang.

3) Bedakkanlah raut wajah anda dengan kosmetik malu dan keadaban.InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang anda biasakan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

Jom pegi Australia! Pilih – Brisbane, Perth atau Sydney! Offer flight bagus!!

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan anda. InsyaALLAH,ia mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah anda lakukan.

5) Salutilah rambut anda dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

Ukhuwwah Islamiyyah

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan anda dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak anda akan temui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

Membaca Al-quran

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, kemanisan Iman akan dikecapi ruh anda sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

Ketulusan Dalam Menunaikan Solat

8) Luruskanlah poster tubuh badan anda dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan anda dalam mencari keredhoan-NYA.

9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari anda. InsyaALLAH, selama itu takkan anda rasai ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan dalam kehidupan.

Semuga bermanfaat bagi kita semua, terutama kepada wanita muslimah,amin…

Bca Juga: